Friday, March 27, 2015

SABAR SELAMANYA

Hai.. apa khabar??? semoga semua dalam keadaan kaya, sihat dan kuat seperti biasa..sabar menanti rezeki dariNYA.
harini kita keluar topik sikit dari produk2 yang SUPERB tu yek...


Jihan nak ajak kawan2 berfikir..berangan..! Dalam kata lain kita masuk alam khayalan. Semua orang suka jadi kaya..kan kan kan??


Keratan ini saya dapat dari sumber yang tak pasti.
melalui laman sosial..tapi saya baca.. sangat mendalam maknanya..
Saya mohon maaf kepada PENULIS ASAL kerana saya kongsikannya di dalam blog saya.

KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN? ..

TAPII..X SABARR...KAYA KAN DIRI SENDIRI

Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.


Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.

��Sedar ke tak..
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. Kita boleh sabar!

Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita boleh sabar!
��Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!

��Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita boleh sabar!

��Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Ikat perut hujung bulan. Barang segala dah naik harga. Gi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!

��Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak suka. Boss pulak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita boleh sabar!

��Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak ada nampak beza ketara.. Dari bujang sampai kahwin.. Sampai anak 3..

��Rumah kita macam tu jugak..
��Kenderaan...dahh naik panauuu
��Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!

��Hidup seadanya ala kadar. Rumah ala kadar.. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa.. Kita boleh sabar!

��Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. mak ayah... Kita nak tolong Islam lebih lagi dengan duit kita sendiri.

Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri?

��PERSOALAN NYA...
��Apakah impian anda?
��Apakah matlamat anda?
��Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
��Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?

Saya rasa cukup lah setakat ini perkongsian untuk hari selasa yang hening..
Bagi saya apa yang penulis ni cuba sampaikan jelas...
BANGKITLAH kawan2...kita tak cuba , kita takkan tahu keupayaan kita..

Jika impianmu kaya...maka:
Berfikirlah seperti orang kaya, sabar dengan cabaran..
Berkawan lah dengan orang kaya
Menuntutla ilmu dengan orang kaya
impian mu pasti kan jadi nyata...InsyaAllah

Hubungi Jihan +6 014 2244 006

No comments:

Post a Comment